BM | EN | 中文

COVID-19: Sepuluh kes harian baru, dua penularan tempatan

corona-covid-19-virus.jpg

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Hari ini mencatatkan sepuluh kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,267 kes.

Daripada sepuluh kes positif yang dilaporkan, dua adalah kes penularan tempatan dan bakinya, lapan adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 125.

Terdapat sepuluh kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,959 kes.

Sementara itu terdapat sembilan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,267 kes dengan 96.68 peratus kadar sembuh bersamaan 8,959 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.35 peratus.

Sehingga kini sejumlah 183 kes aktif pada kadar 1.97 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top