KUALA LUMPUR, 27 JUN: Hari ini mencatatkan sepuluh kes baharu positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,616 kes.
Daripada enam kes tersebut empat merupakan kes import dan enam adalah penularan tempatan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataannya hari ini berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 121 kes.
Hari ini mencatatkan 14 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,308 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,616 kes dengan 96.43 peratus kadar sembuh bersamaan 8,308 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.40 peratus.
Sehingga kini sejumlah 187 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini