BM | EN | 中文

Covid 19: Semua pertubuhan dilarang adakan program, aktiviti, mesyuarat agung sehingga 30 Jun

Jabatan-Pendaftaran-Pertubuhan-Malaysia-JPPM.jpg
Advertisement

PUTRAJAYA, 16 MAC: Semua pertubuhan dilarang mengadakan program, aktiviti, persidangan, perhimpunan dan mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun, selaras dengan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, larangan itu terpakai di setiap peringkat pertubuhan termasuk cawangan-cawangan di seluruh negara.

“Arahan khas yang dikeluarkan ini adalah selaras dengan kuasa-kuasa Pendaftar di bawah peruntukan Seksyen 3A, Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

Advertisement

“Namun sekiranya sehingga pada tarikh 30 Jun 2020, wabak Covid-19 masih dalam situasi meruncing maka pertubuhan hendaklah mengemukakan permohonan kepada JPPM untuk pertimbangan bagi pelanjutan tempoh daripada tarikh awal yang telah ditetapkan,” kenyataan tersebut dipetik.

Menurut JPPM. permohonan perlanjutan adalah bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan oleh pertubuhan berdaftar ke atas undang-undang tubuh pertubuhan serta Akta 335.

“Adalah diharapkan segala usaha dan langkah pencegahan yang dilakukan oleh kerajaan akan dapat membantu mencegah penularan COVID-19 dan sekali gus melindungi rakyat Malaysia daripada wabak itu,” katanya.

Advertisement

Tambah JPPM, kerajaan kini sedang giat melaksanakan usaha untuk mencegah penularan wabak ini yang semakin menunjukkan bilangan kes positif.

“Selaras dengan itu, beberapa arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat diarahkan untuk ditangguhkan atau dibatalkan bagi suatu tempoh tertentu,” tambah kenyataan tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top