BM | EN | 中文

COVID-19: Sembilan kes harian baru, lima penularan tempatan

covid-19-coronavirus-2020jpg.jpg

Gambar Ehsan news18.com

KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Hari ini mencatatkan sembilan kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,249 kes.

Daripada sembilan kes positif yang dilaporkan, lima adalah kes penularan tempatan dan bakinya, empat adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 125.

Terdapat 13 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,945 kes.

Sementara itu terdapat tujuh pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,249 kes dengan 96.71 peratus kadar sembuh bersamaan 8,945 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.35 peratus.

Sehingga kini sejumlah 179 kes aktif pada kadar 1.94 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top