BM | EN | 中文

COVID-19: Sembilan kes harian baru dengan enam penularan tempatan

dg-hisham-kkm-23-julai.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 JUL: Hari ini mencatatkan sembilan kes baru positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,840 kes.

Daripada sembilan kes tersebut, enam daripadanya adalah penularan tempatan.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 123.

Advertisement

Sementara itu lapan kes sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,574 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai lima orang dan dua daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,840 kes dengan 96.99 peratus kadar sembuh bersamaan 8,574 pesakit, manakala 123 kematian bersamaan 1.39 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 143 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top