BM | EN | 中文

COVID-19: ‘Self-lockdown’ perlu untuk putuskan jangkitan, titah Sultan Johor

sultan-ibrahim-sultan-iskandar.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MEI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menggesa semua lapisan masyarakat untuk bersikap komited kepada saranan ‘self-lockdown’ bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Titah baginda, semua pihak perlu berdisiplin dan komited bagi menghalang situasi yang lebih parah lagi.

Malah titdah baginda, kerajaan juga harus mempertimbangkan ‘lockdown’ penuh jika angka Covid tiada menunjukkan tanda penurunan.

Advertisement

Titah Sultan Ibrahim, dengan lebih 7,400 kes dilaporkan hari ini, perkembangan itu membimbangkan.

“Kita perlukan hampir semua pihak duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian jangkitan. Virus itu tidak bergerak, tetapi disebarkan melalui pergerakan orang ramai.

“Kita bukan hanya perlu berdisiplin untuk tidak keluar dari rumah, tetapi kita juga perlu ada kesedaran bahawa tindakan kita keluar ke tempat awam mahupun rumah jiran sahaja, akan menyebabkan kita terjangkit atau kita sendiri menjadi pembawa dan menjangkiti orang lain.

Advertisement

“Jangan pentingkan diri sendiri, fikirlah juga orang lain. Biar kita telan ubat yang pahit sekarang daripada menanggung sakit yang melarat dan berterusan,” titah baginda, seperti dilaporkan Royal Press Office (RPO).

Baginda turut bersimpati dengan semua petugas barisan hadapan, terutamanya kakitangan perubatan, yang terpaksa menanggung bebanan besar yang dibawa virus ini.

“Kepenatan dan kegelisahan mereka jelas kelihatan, namun mereka tetap menjalankan tugas sebaik mungkin. Ingat, bukan COVID-19 sahaja penyakit yang perlu mereka tangani.

Advertisement

“Kasihanilah mereka. Kita semua harus bersatu memainkan peranan untuk mengurangkan beban mereka dan putuskan rantaian jangkitan demi kebaikan kita semua,” titah baginda lagi.

Sultan Ibrahim memaklumkan telah bertitah dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi perbualan telefon dan disembah maklum tentang situasi terkini COVID-19 pada hari ini.

“Kemunculan varian-varian baharu juga amat menakutkan, yang kini boleh dibawa udara (airborne).

Advertisement

“Jika jangkitan terus menular, saya risau akan bertambah-tambah lagi varian virus berbahaya ini.

“Dalam keadaan tidak menentu kini juga, saya menyeru kepada pihak yang berkemampuan untuk tampil membantu mereka yang telah ditimpa kesusahan dalam apa jua bentuk yang boleh,” titah baginda lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top