BM | EN | 中文

Covid-19: Selangor teruskan saringan percuma, fokus lokasi panas

Amirudin-Shari-Menteri-Besar-Selangor.jpg

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (Gambar Ehsan Code Blue)

Advertisement

SHAH ALAM, 8 MAC: Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma akan diteruskan walaupun jumlah kes wabak semakin menurun.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata pihaknya hanya menyasarkan ujian di kawasan yang mempunyai bilangan kes tertinggi.

“Justeru saya galakkan rakyat Selangor supaya ambil kesempatan dengan sertai ujian saringan ini. Kerajaan Negeri memang ada peruntukan khas untuk membolehkan anda semua menjalani saringan Covid-19 secara percuma.

Advertisement

“Jangan sesekali kita alpa kerana virus berkenaan masih berada dalam komuniti,” katanya, lapor SelangorKini.

Terdahulu beliau merasmikan sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat negeri Selangor di bangunan SUK hari ini.

Menerusi Pakej Kita Selangor, sebanyak RM6 juta diperuntuk bagi melaksanakan ujian saringan bersasar percuma sekali gus memberi manfaat kepada 50,000 rakyat.

Advertisement

Program itu memfokuskan golongan sasaran seperti warga emas terutama di pusat penjagaan dan hemodialisis seluruh negeri.

Tidak ketinggalan ialah kumpulan berpendapatan rendah (B40), dan mahasiswa anak Selangor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top