BM | EN | 中文

Covid-19: Selangor pergiat saringan komuniti, sasar kadar jangkitan bawah lima peratus

STFC-dr-dzulkefly-ahmad.png

Pengerusi STFC, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika menyantuni petugas barisan hadapan menjalankan Saringan Bersasar Komuniti di Taman Bayu Perdana semalam (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 4 JAN: Kerajaan Selangor kini mempergiatkan saringan komuniti bagi memastikan kadar jangkitan Covid-19 di bawah paras lima peratus.

Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata setakat ini kadar jangkitan berada pada paras tujuh hingga 25 peratus.

“Sekiranya 20 kes positif dikesan dalam kalangan 100 individu yang menjalani saringan, ini bermaksud masih banyak kes belum dikesan dalam kalangan komuniti.

Advertisement

“Justeru kita perlu melakukan langkah pencegahan bagi memastikan kadar jangkitan di bawah paras lima peratus seperti ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya, lapor SelangorKini.

Bekas menteri kesihatan itu berkata STFC bakal melaksanakan program Pencegahan Penularan di Kawasan Titik Panas (POIS) bagi mengekang gelombang ketiga wabak.

“Program ini merupakan kerjasama antara Kerajaan Selangor, majikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengesan jangkitan pandemik di kawasan panas dan perimeter.

Advertisement

“Inisiatif ini bagi mengelak penularan di luar kawalan sehingga memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi,” katanya.

Beliau berkata kepadatan penduduk tinggi termasuk bilangan pekerja warga asing seramai 1.6 juta (tidak termasuk 1.5 juta pendatang tanpa izin) turut mempengaruhi peningkatan kes di Selangor.

“Justeru STFC mengingatkan masyarakat untuk terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) sementara menunggu vaksin yang dijangka tiba pada bulan depan,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top