BM | EN | 中文

Covid 19: Sehingga hari ini, Malaysia catat 14 kematian

coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Kematian akibat wabak Covid-19 di Malaysia kini mencecah 14 orang, menurut kenyatan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehingga kini, terdapat empat (4) kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14 kes.

Menurut KKM, kes kematian ke-11 merupakan kes ke-1070 melibatkan lelaki berumur 70 tahun warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.

Advertisement

“Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia, merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

“Bagi kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006, seorang lelaki berumur 49 tahun warganegara Malaysia yang dirawat di Hospital Umum Sarawak dan merupakan anak kepada kes ke-1031. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020,” kenyataan tersebut dipetik.

Manakala kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun perempuan warganegara Malaysia yang merupakan kontak rapat dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Advertisement

Sementara itu 20 kes pulih sehingga 23 Mac dengan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih adalah 159 kes.

Sebanyak 57 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 27 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga 23 Mac, sebanyak 159 kes baru positif Covid-19 dengan jumlah keseluruhan positif adalah sebanyak 1,518 dengan 62 peratus adalah dari kluster jemaah tabligh.S

Advertisement

“KKM menasihatkan orang ramai untuk berada di rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Amalkan gaya hidup sihat selain menjaga tahap kebersihan yang optimum. Jalankan aktiviti pembersihan persekitaran kediaman dan premis masing-masing,” tambah kenyataan tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top