JOHOR BAHRU, 11 DIS: Sehingga 10 Disember 2020, kumulatif kluster aktif di negeri Johor adalah sebanyak tujuh belas (17) menurut Exco Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan.
Beliau berkata, pengesanan kontak rapat dan ujian Covid-19 masih lagi giat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah terlibat.
17 kluster aktif Covid-19 di negeri Johor adalah seperti berikut :
1. Kluster Tenun Merah (mukim Simpang Kanan)
2. Kluster Jalan Dalam (mukim Pulai)
3. Kluster Bandar Impian (mukim Kluang)
4. Kluster Jalan Tampoi (mukim Tebrau)
5. Kluster Cempaka (mukim Sedenak)
6. Kluster Baloi (mukim Pengkalan Raja)
7. Kluster Nibong (mukim Plentong)
8. Kluster Gemilang (mukim Tebrau)
9. Kluster Tanjung Bunga (mukim Plentong)
10. Kluster Batu 7 (mukim Linau)
11. Kluster Kobena (mukim Tebrau)
12. Kluster Kota Kecil (mukim Kota Tinggi)
13. Kluster Makmur (mukim Kulai)
14. Kluster Kiambang (mukim Tenggaroh)
15. Kluster Parit Kassan (mukim Grisek)
16. Kluster Jeri (mukim Sedili Besar)
17. Kluster Padang (mukim Ulu Sg Johor).
Dalam pada itu beliau memaklumkan, pada 10 Disember 2020, terdapat dua kluster baharu yang telah dilaporkan di Johor iaitu Kluster Tenun Merah dan Kluster Jalan Dalam.
“Kluster Tenun Merah melibatkan daerah Batu Pahat di negeri Johor. Kes indeks telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.
“Sehingga 10 Disember 2020, sejumlah 287 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
“Manakala Kluster Jalan Dalam melibatkan daerah Kulai, Batu Pahat dan Johor Bahru di negeri Johor.
“Kes indeks (iaitu kes ke-74278) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.
“Sehingga 10 Disember 2020, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.
Johorkini