BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak sembilan kes baru hari ini, empat penularan tempatan

covid19-coronavirus.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Hari ini mencatatkan sembilan kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,103 kes.

Daripada 11 kes positif yang dilaporkan, empat adalah kes penularan tempatan dan bakinya, lima adalah kes import.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.

Advertisement

Terdapat enam kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,809 kes.

Sementara itu terdapat dua orang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun kedua-duanya tidak memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,103 kes dengan 96.77 peratus kadar sembuh bersamaan 8,809 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.37 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 169 kes aktif pada kadar 1.86 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top