BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 89 kes harian baru, dua kematian

DG-hisham-kkm-30-sept.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Hari ini 89 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 11,224 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, daripada 89 kes positif yang dilaporkan, 86 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, tiga adalah kes import.

Daripada itu terdapat 28 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,967 kes.

Advertisement

Sementara itu terdapat 16 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 11,224 kes dengan 88.80 peratus kadar sembuh bersamaan 9,967 pesakit, manakala 136 kematian bersamaan 1.21 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,121 kes aktif pada kadar 9.99 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top