BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 82 kes harian baru dengan 72 penularan tempatan

DG-HIsham-22-Sept.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Hari ini 82 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 10,358 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan daripada 82 kes positif yang dilaporkan, 72 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, sepuluh adalah kes import.

Daripada itu terdapat 168 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,563 kes.

Advertisement

Sementara itu terdapat sembilan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 10,358 kes dengan 92.32 peratus kadar sembuh bersamaan 9,563 pesakit, manakala 130 kematian bersamaan 1.26 peratus.

Sehingga kini sejumlah 665 kes aktif pada kadar 6.42 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top