BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 82 kes harian baru, 79 penularan tempatan

Covid-19-Coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Hari ini 82 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 10,769 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan daripada 82 kes positif yang dilaporkan, 79 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, tiga adalah kes import.

Daripada itu terdapat 89 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,785 kes.

Advertisement

Sementara itu terdapat lapan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 10,769 kes dengan 90.86 peratus kadar sembuh bersamaan 9,696 pesakit, manakala 133 kematian bersamaan 1.24 peratus.

Sehingga kini sejumlah 851 kes aktif pada kadar 7.80 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top