BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 71 kes harian baru, 69 penularan tempatan

covid-19-coronavirus-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 SEPT: Hari ini 71 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 10,576 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan daripada 71 kes positif yang dilaporkan, 69 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, dua adalah kes import.

Daripada itu terdapat 64 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,666 kes.

Advertisement

Sementara itu terdapat enam pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 10,576 kes dengan 91.40 peratus kadar sembuh bersamaan 9,666 pesakit, manakala 133 kematian bersamaan 1.26 peratus.

Sehingga kini sejumlah 777 kes aktif pada kadar 7.34 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top