BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 58 kes harian dengan 53 penularan tempatan

covid-19.jpg

KUALA LUMPUR, 12 SEPT: Hari ini 58 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,868 kes.

Daripada 58 kes positif yang dilaporkan, 53 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, lima adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 128.

Terdapat lapan kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,189 kes.

Sementara itu terdapat sembilan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,868 kes dengan 93.12 peratus kadar sembuh bersamaan 9,189 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.30 peratus.

Sehingga kini sejumlah 551 kes aktif pada kadar 5.58 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top