KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Hari ini 51 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 10,276 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan daripada 52 kes positif yang dilaporkan, 51 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, enam adalah kes import.
Daripada itu terdapat 40 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,395 kes.
Sementara itu terdapat sembilan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 10,276 kes dengan 91.43 peratus kadar sembuh bersamaan 9,395 pesakit, manakala 130 kematian bersamaan 1.27 peratus.
Sehingga kini sejumlah 751 kes aktif pada kadar 7.31 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini