BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 52 kes harian baru, 40 penularan tempatan

covid-19-coronavirus-malaysia.png

KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Hari ini 52 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 10,219 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan daripada 52 kes positif yang dilaporkan, 40 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, 12 adalah kes import.

Daripada itu terdapat 40 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,355 kes.

Sementara itu terdapat sepuluh pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 10,219 kes dengan 91.55 peratus kadar sembuh bersamaan 9,355 pesakit, manakala 130 kematian bersamaan 1.27 peratus.

Sehingga kini sejumlah 734 kes aktif pada kadar 7.18 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top