BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 47 kes harian dengan 45 penularan tempatan

Covid-19-Coronavirus.jpg

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Hari ini 47 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,915 kes.

Daripada 47 kes positif yang dilaporkan, 45 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, dua adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 128.

Terdapat tujuh kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,196 kes.

Sementara itu terdapat sembilan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,915 kes dengan 92.75 peratus kadar sembuh bersamaan 9,196 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.29 peratus.

Sehingga kini sejumlah 591 kes aktif pada kadar 5.96 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top