BM | EN | 中文

Covid-19: Sebanyak 43 kes baharu, satu kematian hari ini, kadar sembuh 86 peratus

dr-noor-hisham-13-jun.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 JUN: Hari ini mencatatkan 43 kes positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 8,445.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini 120.

Daripada 43 kes baharu, lima daripadanya melibatkan kes import dengan warganegara dan satu bukan warganegara bertaraf pemastautin tetap.

Advertisement

Manakala baki 38 kes adalah melibatkan penularan tempatan.

Seramai 143 pesakit sembuh menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 7,311 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak empat orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Advertisement

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,445 kes dengan 86.57 peratus kadar sembuh bersamaan 7,311 pesakit, manakala 120 kematian bersamaan 1.42 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,014 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top