BM | EN | 中文

Covid-19: Sebanyak 41 kes baharu, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 87 peratus

dr-noor-hisham-15-jun.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Hari ini mencatatkan 41 kes positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 8,494.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini kekal 121.

Daripada 41 kes baharu, tiga daripadanya melibatkan kes import dan 38 kes melibatkan penularan tempatan.

Advertisement

Seramai 54 pesakit sembuh menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 7,400 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak empat orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,494 kes dengan 87.12 peratus kadar sembuh bersamaan 7,400 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.42 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 973 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top