BM | EN | 中文

Covid-19: Sebanyak 33 kes baharu, satu kematian hari ini, kadar sembuh 85 peratus

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Hari ini mencatatkan 33 kes baharu positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 8,402.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini 119.

Daripada 33 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 16 adalah satu kes import dan 17 adalah penularan tempatan.

Advertisement

Seramai 103 pesakit sembuh menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 7,168 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak empat orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,402 kes dengan 85.31 peratus kadar sembuh bersamaan 7,168 pesakit, manakala 118 kematian bersamaan 1.42 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,115 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top