KUALA LUMPUR, 14 SEPT: Hari ini 31 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,946 kes.
Daripada 31 kes positif yang dilaporkan, 28 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, tiga adalah kes import.
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 128.
Terdapat tujuh kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,203 kes.
Sementara itu terdapat 11 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,946 kes dengan 92.53 peratus kadar sembuh bersamaan 9,203 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.29 peratus.
Sehingga kini sejumlah 615 kes aktif pada kadar 6.18 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini