BM | EN | 中文

Covid-19: Sebanyak 31 kes baharu, tiada kematian hari ini, kadar sembuh 84 peratus

dr-noor-hisham-11-jun.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Hari ini mencatatkan 31 kes baharu positif Covid-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang dicatatkan sebanyak 8,369.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sehingga kini 118.

Daripada 31 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 11 adalah satu kes import dan 20 adalah penularan tempatan.

Advertisement

Seramai 51 pesakit sembuh menjadkan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 7,065 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak lima orang dan tiada pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,369 kes dengan 84.42 peratus kadar sembuh bersamaan 7,065 pesakit, manakala 118 kematian bersamaan 1.41 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 1,186 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top