BM | EN | 中文

Covid-19: Sebanyak 293 kes baru, jumlah kumulatif 12,381

swab-testing-covid-19_malaysia_ujian_saringan_coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 OKT: Hari ini 293 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 12,381 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 292 kes positif yang dilaporkan adalah kes penularan tempatan dan hanya kes import.

Terdapat 67 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 10,283 kes.

Advertisement

Sementara itu terdapat 28 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 12,381 kes dengan 83.05 peratus kadar sembuh bersamaan 10,283 pesakit, manakala 137 kematian bersamaan 1.11 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,961 kes aktif pada kadar 15.84 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top