BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 26 kes baru hari ini, tiga penularan tempatan

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Hari ini mencatatkan 26 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,175 kes.

Daripada 26 kes positif yang dilaporkan, tiga adalah kes penularan tempatan dan bakinya, tujuh adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.

Advertisement

Terdapat tiga kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,831 kes.

Sementara itu terdapat enam pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,175 kes dengan 96.25 peratus kadar sembuh bersamaan 8,831 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.36 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 219 kes aktif pada kadar 2.39 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top