BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 25 kes positif hari ini, 16 penularan tempatan

covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Hari ini mencatatkan 25 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,063 kes.

Daripada 25 kes positif yang dilaporkan, 16 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, lima adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.

Advertisement

Terdapat 15 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,728 kes.

Sementara itu terdapat dua orang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) seorang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,063 kes dengan 96.30 peratus kadar sembuh bersamaan 8,728 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 210 kes aktif pada kadar 2.32 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top