BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 25 kes baru hari ini, sembilan penularan tempatan

coronavirus_COVID_19.png

KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Hari ini mencatatkan 25 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,200 kes.

Daripada 25 kes positif yang dilaporkan, sembilan adalah kes penularan tempatan dan bakinya, 16 adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 125.

Terdapat 28 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,859 kes.

Sementara itu terdapat tujuh pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,200 kes dengan 96.29 peratus kadar sembuh bersamaan 8,859 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.36 peratus.

Sehingga kini sejumlah 216 kes aktif pada kadar 2.35 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top