BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 24 kes harian dengan 18 penularan tempatan

covid-19-coronavirus.png

KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Hari ini 24 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,583 kes.

Daripada 24 kes positif yang dilaporkan, 18 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, enam adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 128.

Terdapat hanya tujuh kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,143 kes.

Sementara itu terdapat tujuh pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,583 kes dengan 95.4 peratus kadar sembuh bersamaan 9,143 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.35 peratus.

Sehingga kini sejumlah 312 kes aktif pada kadar 3.26 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top