BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 23 kes harian dengan 13 penularan tempatan

coronavirus-covid-19.jpg

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Hari ini 23 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,969 kes.

Daripada 23 kes positif yang dilaporkan, 13 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, sepuluh adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 128.

Terdapat enam kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,209 kes.

Sementara itu terdapat 14 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,969 kes dengan 92.38 peratus kadar sembuh bersamaan 9,209 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.28 peratus.

Sehingga kini sejumlah 632 kes aktif pada kadar 6.34 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top