BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 21 positif hari ini, 15 kes import

coronavirus_covid19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Hari ini mencatatkan 21 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,023 kes.

Daripada 21 kes positif yang dilaporkan hari ini, 15 daripadanya adalah kes import dan bakinya enam, adalah penularan tempatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.

Advertisement

Terdapat 18 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,702 kes.

Sementara itu terdapat dua orang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun tidak ada yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,023 kes dengan 96.44 peratus kadar sembuh bersamaan 8,702 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.39 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 196 kes aktif pada kadar 2.17 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top