BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 21 kes harian dengan 16 penularan tempatan

Coronavirus-COVID-19-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 SEPT: Hari ini 21 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 10,052 kes.

Daripada 21 kes positif yang dilaporkan, 16 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, lima adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 128.

Advertisement

Terdapat 15 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,250 kes.

Sementara itu terdapat 13 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 10,052 kes dengan 92.02 peratus kadar sembuh bersamaan 9,250 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.27 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 674 kes aktif pada kadar 6.71 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top