BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 20 kes harian dengan satu kematian

COVID_19_Coronavirus-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Hari ini 20 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 10,167 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut memaklumkan satu kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes sebanyak 130.

Daripada 20 kes positif yang dilaporkan, 91 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, tiga adalah kes import.

Advertisement

Terdapat 51 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,315 kes.

Sementara itu terdapat 12 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 10,167 kes dengan 91.62 peratus kadar sembuh bersamaan 9,315 pesakit, manakala 130 kematian bersamaan 1.28 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 722 kes aktif pada kadar 7.10 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top