BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 20 kes baru hari ini, 13 penularan tempatan

coronavirus-covid-19-coronavirus.jpg

KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Hari ini mencatatkan 20 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,149 kes.

Daripada 20 kes positif yang dilaporkan, 13 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, tujuh adalah kes import.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.

Terdapat tujuh kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,828 kes.

Sementara itu terdapat empat pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,149 kes dengan 96.63 peratus kadar sembuh bersamaan 8,828 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.37 peratus.

Sehingga kini sejumlah 196 kes aktif pada kadar 2.14 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top