BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 182 kes harian dengan 181 penularan tempatan

DG-Hisham-KKM-11-sept.png

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Hari ini 182 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,810 kes.

Daripada 182 kes positif yang dilaporkan, 181 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, satu adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 128.

Terdapat 14 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,181 kes.

Sementara itu terdapat sembilan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,810 kes dengan 93.59 peratus kadar sembuh bersamaan 9,187 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.30 peratus.

Sehingga kini sejumlah 501 kes aktif pada kadar 5.11 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top