BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 17 kes tempatan daripada 23 kes harian baru

coronavirus_COVID_19.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 JUL: Hari ini mencatatkan 23 kes baru positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,884 kes.

Sebanyak 17 daripadanya adalah kes penularan tempatan dan bakinya enam, adalah kes import

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 123.

Advertisement

Sementara itu 17 kes sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,594 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai tiga orang dan dua daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,884 kes dengan 96.74 peratus kadar sembuh bersamaan 8,594 pesakit, manakala 123 kematian bersamaan 1.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 167 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top