BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 17 kes harian, dua penularan tempatan, satu kematian

Covid-19-Coronavirus.jpg

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Hari ini mencatatkan 17 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,334 kes.

Daripada 17 kes positif yang dilaporkan, dua adalah kes penularan tempatan dan bakinya, 15 adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan satu kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 126.

Terdapat sepuluh kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,048 kes.

Sementara itu terdapat tujuh pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,334 kes dengan 96.94 peratus kadar sembuh bersamaan 9,048 pesakit, manakala 126 kematian bersamaan 1.35 peratus.

Sehingga kini sejumlah 160 kes aktif pada kadar 1.71 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top