KUALA LUMPUR, 24 JUL: Hari ini mencatatkan 21 kes baru positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,861 kes.
Sebanyak 16 daripadanya adalah kes penularan tempatan dan bakinya lima, adalah kes import
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 123.
Sementara itu tiga kes sembuh hari ini menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,577 kes.
Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai lima orang dan dua daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,861 kes dengan 96.79 peratus kadar sembuh bersamaan 8,577 pesakit, manakala 123 kematian bersamaan 1.39 peratus.
Sehingga kini sejumlah 161 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.
Johorkini