BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 16 kes harian baru, 12 penularan tempatan

Coronavirus_COVID_19.jpg

KUALA LUMPUR, 19 OGOS: Hari ini mencatatkan 16 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,235 kes.

Daripada 16 kes positif yang dilaporkan, 12 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, empat adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 125.

Terdapat 23 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,925 kes.

Sementara itu terdapat tujuh pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,235 kes dengan 96.64 peratus kadar sembuh bersamaan 8,925 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.35 peratus.

Sehingga kini sejumlah 185 kes aktif pada kadar 2.00 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top