KUALA LUMPUR, 27 SEPT: Hari ini 150 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 10,919 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pada itu memaklumkan, terdapat satu kematian hari ini menjadikan kes keseluruhan sebanyak 134.
Daripada 150 kes positif yang dilaporkan, 146 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, empat adalah kes import.
Daripada itu terdapat 50 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,835 kes.
Sementara itu terdapat enam pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 10,919 kes dengan 90.07 peratus kadar sembuh bersamaan 9,835 pesakit, manakala 134 kematian bersamaan 1.23 peratus.
Sehingga kini sejumlah 950 kes aktif pada kadar 8.70 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini