BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 15 kes positif hari ini, 10 penularan tempatan

covid-19.jpg

KUALA LUMPUR, 6 OGOS: Hari ini mencatatkan 15 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,038 kes.

Daripada 15 kes positif yang dilaporkan, sepuluh adalah kes penularan tempatan dan bakinya, lima adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.

Terdapat 11 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,713 kes.

Sementara itu terdapat dua orang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) seorang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,038 kes dengan 96.40 peratus kadar sembuh bersamaan 8,713 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.38 peratus.

Sehingga kini sejumlah 200 kes aktif pada kadar 2.21 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top