BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 15 kes baru hari ini, 11 penularan tempatan

DG-Hisham-KKM-13-Ogos.png

KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Hari ini mencatatkan 15 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,129 kes.

Daripada 15 kes positif yang dilaporkan, 11 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, empat adalah kes import.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.

Terdapat empat kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,821 kes.

Sementara itu terdapat dua orang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun kedua-duanya tidak memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,129 kes dengan 96.63 peratus kadar sembuh bersamaan 8,821 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.37 peratus.

Sehingga kini sejumlah 183 kes aktif pada kadar 2.00 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top