BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 147 kes harian baru, tiga kematian

covid-19-coronavirus.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Hari ini 147 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 10,505 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan tiga kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes sebanyak 133.

KKM dalam kenyataan memberitahu daripada 147 kes positif yang dilaporkan, 143 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, empat adalah kes import.

Advertisement

Daripada itu terdapat 39 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,602 kes.

Sementara itu terdapat lapan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 10,505 kes dengan 91.40 peratus kadar sembuh bersamaan 9,602 pesakit, manakala 133 kematian bersamaan 1.27 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 770 kes aktif pada kadar 7.33 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top