BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 14 kes harian, sepuluh penularan tempatan

covid19-coronavirus-infection.jpg

KUALA LUMPUR, 3 SEPT: Hari ini mencatatkan 14 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,374 kes.

Daripada 14 kes positif yang dilaporkan, sepuluh adalah kes penularan tempatan dan bakinya, empat adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 128.

Terdapat empat kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,083 kes.

Sementara itu terdapat empat pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,374 kes dengan 96.90 peratus kadar sembuh bersamaan 9,083 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.37 peratus.

Sehingga kini sejumlah 163 kes aktif pada kadar 1.74 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top