BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 14 kes harian, sembilan penularan tempatan, satu kematian

DG-hisham-KKM-1-Sept.png

KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Hari ini mencatatkan 14 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,354 kes.

Daripada 14 kes positif yang dilaporkan, sembilan adalah kes penularan tempatan dan bakinya, lima adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan satu kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah 128.

Terdapat 21 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,075 kes.

Sementara itu terdapat lima pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,354 kes dengan 97.02 peratus kadar sembuh bersamaan 9,075 pesakit, manakala 128 kematian bersamaan 1.37 peratus.

Sehingga kini sejumlah 151 kes aktif pada kadar 1.61 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top