BM | EN | 中文

Covid-19: Sebanyak 14 kes harian baru, kadar sembuh 97 peratus

coronavirus-covid-19-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 JUL: Hari ini mencatatkan 14 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,718 kes.

Tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 122

Daripada 14 kes baharu hari ini, 11 adalah kes tempatan dan tiga adalah kes import.

Advertisement

Manakala empat kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,519 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai tiga orang dan dua daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,718 kes dengan 97.72 peratus kadar sembuh bersamaan 8,519 pesakit, manakala 122 kematian bersamaan 1.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 77 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top