BM | EN | 中文

Covid-19: Sebanyak 13 kes harian baru, kadar sembuh 97 peratus

DG-Hihsam-KKM-10-Julai.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 JUL: Hari ini hanya mencatatkan 13 kes baharu positif Covid-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 8,696 kes.

Daripada 13 kes baharu, lima adalah kes tempatan manakala baki lapan adalah kes import.

Selepas dua hari berturut-turut kes tempatan mencatatkan sifar kes positif, terdapat 5 kes baharu dilaporkan pada hari ini melibatkan tiga kes di Kuala Lumpur dan dua di Sarawak.

Advertisement

Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, tiada kematian akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kes.

Dalam pada itu 12 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,511 kes.

Sementara itu pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai dua orang dan keduanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Advertisement

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,696 kes dengan 97.87 peratus kadar sembuh bersamaan 8,511 pesakit, manakala 121 kematian bersamaan 1.39 peratus.

Sehingga kini sejumlah 64 kes aktif dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan kini sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top