BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 13 kes baru hari ini, empat penularan tempatan

covid19-coronavirus.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Hari ini mencatatkan 13 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,083 kes.

Daripada 13 kes positif yang dilaporkan, empat adalah kes penularan tempatan dan bakinya, sembilan adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 125.

Advertisement

Terdapat sembilan kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,784 kes.

Sementara itu terdapat seorang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun tidak memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,083 kes dengan 96.71 peratus kadar sembuh bersamaan 8,784 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.38 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 174 kes aktif pada kadar 1.92 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top