BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 12 kes harian baru, sepuluh penularan tempatan

Covid_Coronavirus-19.jpg

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Hari ini mencatatkan 12 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 9,212 kes.

Daripada 12 kes positif yang dilaporkan, sepuluh adalah kes penularan tempatan dan bakinya, dua adalah kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan kes kekal 125.

Terdapat 17 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,876 kes.

Sementara itu terdapat lapan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 9,212 kes dengan 96.35 peratus kadar sembuh bersamaan 8,876 pesakit, manakala 125 kematian bersamaan 1.36 peratus.

Sehingga kini sejumlah 211 kes aktif pada kadar 2.29 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top