BM | EN | 中文

COVID-19: Sebanyak 115 kes harian baru, jumlah terkumpul lepasi angka 11,000

covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Hari ini 115 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 11,034 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, daripada 115 kes positif yang dilaporkan, 112 adalah kes penularan tempatan dan bakinya, tiga adalah kes import.

Daripada itu terdapat 54 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 9,889 kes.

Advertisement

Sementara itu terdapat lapan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 11,034 kes dengan 89.62 peratus kadar sembuh bersamaan 9,889 pesakit, manakala 134 kematian bersamaan 1.22 peratus.

Sehingga kini sejumlah 1,011 kes aktif pada kadar 9.16 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top